Wednesday, March 3, 2010

Setelah setahun

           Penglibatan saya dengan tanaman geharu bermula setahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan. Saya telah memulakan dengan membeli 20 anak pokok berharga RM10 dari pembekal di sini, pokok - pokok tersebut telah ditanam di sekitar kawasan rumah, tanpa penjagaan yang rapi, tidak perlu siraman, pokok - pokok tersebut membesar dengan kadar yang agak perlahan. Hanya pokok yang berhampiran dengan sumber air dan mendapat cahaya matahari yang baik dapat membesar dengan cepat.

           Hasil pemerhatian, saya mendapati pokok geharu ini memang dapat membesar dengan memberikan hasil seperti yang diceritakan sekiranya diberi penjagaan secukupnya.

          Bercerita tentang hasil, saya juga turut mempunyai sebatang pokok yang telah berusia 22 tahun( anggaran). Saya telah mengeluarkan modal sebanyak RM 1300 membeli hormon untuk proses inokulasi. Perubahan pokok terhadap proses tersebut amat ketara, pada permulaannya, pokok tersebut  meluruh (gugur daun), setelah itu pokok mengeluarkan bau(wangi seperti teras geharu), setelah 6 bulan batang pokok berbunyi kosong apabila ditepuk(berbunyi lompong), kini setelah setahun, terdapat banyak bonggol-bonggol timbul pada batang pokok.  Saya masih belum memeriksa kandungan dalam pokok.  

          Sebarang perubahan akan disiarkan lagi pada akan datang... 

  

Monday, February 15, 2010

GAHARU SATU ANUGERAH ILAHI




HANYA TUMBUH SECARA KHUSUS DI KAWASAN ASIA TENGGARA


MERUPAKAN KAYU TERMAHAL DI DUNIA




Produk Hasilan dari Pokok Karas

Batang

Teras

Minyak Gaharu

Minyak Wangi

Colok

Tasbih

Makanan Kesihatan



Jadual Gred di Pasaran.


Buat masa ini tiada gred yang seragam kerana belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual serta pembeli dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang.

GRED

Harga (perkilogram)

Super A

RM 25,000 ke atas

Gred A

RM 20,000

Gred B

RM 18,000

Gred C

RM 15,000

Gred D

RM 8,000

Gred E

RM 3,000

Lain-lain Gred

RM 500 – RM 1,000

Gred Kayu untuk Minyak

RM 5 – RM 100

Minyak Gaharu

RM 300 – RM 350/ 1 tola (12gm)

* Harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg.