Wednesday, March 3, 2010

Setelah setahun

           Penglibatan saya dengan tanaman geharu bermula setahun yang lalu setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan. Saya telah memulakan dengan membeli 20 anak pokok berharga RM10 dari pembekal di sini, pokok - pokok tersebut telah ditanam di sekitar kawasan rumah, tanpa penjagaan yang rapi, tidak perlu siraman, pokok - pokok tersebut membesar dengan kadar yang agak perlahan. Hanya pokok yang berhampiran dengan sumber air dan mendapat cahaya matahari yang baik dapat membesar dengan cepat.

           Hasil pemerhatian, saya mendapati pokok geharu ini memang dapat membesar dengan memberikan hasil seperti yang diceritakan sekiranya diberi penjagaan secukupnya.

          Bercerita tentang hasil, saya juga turut mempunyai sebatang pokok yang telah berusia 22 tahun( anggaran). Saya telah mengeluarkan modal sebanyak RM 1300 membeli hormon untuk proses inokulasi. Perubahan pokok terhadap proses tersebut amat ketara, pada permulaannya, pokok tersebut  meluruh (gugur daun), setelah itu pokok mengeluarkan bau(wangi seperti teras geharu), setelah 6 bulan batang pokok berbunyi kosong apabila ditepuk(berbunyi lompong), kini setelah setahun, terdapat banyak bonggol-bonggol timbul pada batang pokok.  Saya masih belum memeriksa kandungan dalam pokok.  

          Sebarang perubahan akan disiarkan lagi pada akan datang...