Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Monday, February 15, 2010

PENGENALAN POKOK KARAS





Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya.

Gaharu atau agarwood adalah RESIN (Damar) yang terdapat dalam POKOK KARAS / DEPU yang telah matang ..
Nama Panggilan Bagi Gaharu;
Chen Xiang bagi masyarakat China,
Jin-Ko (Jepun), Agaru (Sanskrit)
Oud atau ‘Oode’ di kalangan bangsa Arab.

Sejarah perdangan gaharu bermula seawal abad ketiga direkod dalam tulisan Wa Zen dari Dinasti Wu. Wa Zen menceritakan dalam tulisannya bahawa gaharu diperolehi dari Vietnam.

Gaharu dihasilkan oleh pohon-pohon famili Thymelaeaceae. yang tumbuh di daerah tropika, iaitu jenis Aquilaria, Gyrinops, dan Gonystilus .Aquilaria terdiri atas 15 spesies, tersebar di kawasan Asia bermula dari India, Pakistan, Myanmar, Thailand, Kamboja, China Selatan, Malaysia, Philipina, dan Indonesia.